"Ahmad Razif perlu sedar diri, ‘peperangannya dengan Mad Said’ akan meletakkan dirinya di keadaan KALAH JADI ABU, MENANG JADI ARANG...soalnya apakah Mad Said yang tidak berketurunan Bugis itu akan menjadi dayus serta ‘lesu dan layu’?"
Bugis bukan sebarang Bugis.
Kalau Naib Razak berketurunan Bugis, Ahmad Razif Abdul
Rahman juga keturunan Bugis. So, jangan
main-main dengan mereka berdua.
Seperti ditegaskan Menteri Besar Terengganu sebelum ini, beliau tidak takut dan tidak akan tunduk kepada gerakan memburuk dan menjatuhkannya.
Kini pertempuran semakin sengit antara Ahmad Razif dan bekas
Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said (Mad Said) bagaikan sukar untuk didamaikan
lagi.
Terbaru, khabarnya pada Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO
kelmarin (29 Julai 2016), Ahmad Razif menimbulkan
persoalan kenapa Mad Said masih kekal dalam UMNO. Bagi Menteri Besar itu, Mad Said kini tidak boleh dibiarkan
dalam UMNO Terengganu. Ini kerana akan menjadikan UMNO negeri semakin parah.
Ahmad Razif mahu Mad Said ‘ditendang keluar’ walau apa cara
sekali ponggggg!!!
Lagi cepat lagi bagus. Banyak menyusahkannya. beliau tidak
boleh berkompromi lagi dengan feil (perangai)_ Mad Said.
Ahmad Razif bengang apabila laporan Perhubungan UMNO
Terengganu yang dihantar kepada Majlis Tertinggi melalui Ibu Pejabat UMNO
Malaysia tidak mendapat perhatian sewajarnya. Sama ada tersangkut di Ibu
Pejabat, di tangan Setiausaha Kerja atau sudah di tangan Presiden UMNO tetapi
terperap.
Apa tidak bengangnya Ahmad Razif kerana sebelum ini, apabila
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman minta Majlis Tertinggi UMNO pecat
Datuk Seri Shafie Afdal, Majlis Tertinggi UMNO ikut dengan mudah. Namun apabila
tiba giliran cadangannya untuk pecat Mad
Said, Majlis Tertinggi buat ‘don’t know’ jer.
Ahmad Razif berang sebab laporan yang dihantar menyatakan
dengan jelas bahawa Mad Said menganggunya dan mengacau UMNO Terengganu acap
kali.
Selain itu Mad Said bercakap macam-macam untuk ‘peteh
keting’ Barisan Nasional (BN) Terengganu dan kepimpinan Ahmad Razif melalui
soalan-soalan di Dewan Undangan Negeri (DUN) yang kemudian dijadikan modal oleh
pembangkang untuk menyerang kembali BN negeri dan Ahmad Razif sendiri.
Ahmad Razif juga bengang dengan tindakan Mad Said mahu
beliau letak jawatan sebagai Menteri Besar melalui usul yang digagalkan oleh
Speaker kerana usul dikatakan tidak mengikut peraturan mesyuarat.
Bukan sikit sebab-sebab atau aduan kenapa Mad Said perlu
dipecat tetapi Majlis Tertinggi seperti ada ‘mainan sendiri’.
Rauf....jangan bercakap |
Malah, ada khabar mengatakan Ahmad Razif juga bengang
dengan Setiausaha Kerja UMNO yang dipanggil ‘Si Gemuk’– Datuk Seri Ab Rauf
Yusoh - yang dikatakan bersekongkol dengan Mad Said.
Pada mesyuarat Majlis Tertinggi terbaru, ada ker patut ‘Si
Gemuk’ ini menasihati Ahmad Razif supaya
jangan bercakap atau bertanya mengenai pemecatan Mad Said pada mesyuarat Majlis
Tertinggi.
Ini kerana kononnya Presiden UMNO dan Naib Presiden, Datuk
Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengatakan ‘TIDAK PAYAH’ dan ‘kurang gemar mendengar
mengenainya’.
Ahmad Razif kehairanan kenapa ‘Si Gemuk’ ini menasihatnya
sedemikian rupa?
Apakah ada konspirasi di Ibu Pejabat UMNO dalam isu Mad
Said?
Lantas kerana
peristiwa itu ada pendapat mengatakan Najib sepatutnya menendang keluar ‘Si
Gemuk’ itu dari Ibu Pejabat UMNO kerana cuba melindungi ADUN BN mengemukakan
undi tidak percaya kepada MB BN sendiri.
Malah kerenah ‘Si Gemuk’ ini ramai yang sudah bersungut
tetapi Najib tidak berbuat apa-apa. Ini boleh merosakkan UMNO.
Pada mesyuarat itu, Ahmad Razif pada ruang berkaitan perkara
atau hal-hal lain, membentangkan kesnya dengan harapan ada ahli atau anggota
Majlis Tertinggi lain menyokongnya.
Beliau hampa apabila Ahli Majlis Tertinggi dari Kemaman
yang juga Timbalan Ketua Bahagian Kemaman, Datuk Seri Ahmad Shabery Chik membisu. Datuk Seri Idris Jusoh
dari Bahagian UMNO Besut pun berdiam diri.
“Panas’ dibuatnya Ahmad Razif dan beliau bertanya apakah
adil untuk dirinya diganggu-gugat oleh Mad Said sedemikian.
Bagi Ahmad Razif, sepatutnya apabila dia mengemukakan kes
penting seperti ini demi UMNO Terengganu, ahli Majlis Tertinggi menyokongnya,
termasuk Idris sendiri yang bagaikan lupa apa yang ADUN Kijal itu lakukan
kepada beliau ketika Mad Said jadi Menteri Besar antara tahun 2008 dan 2014.
Menteri Besar sangat berharap mereka yang kedudukannya
begitu kuat di Pusat menyokong beliau kerana mencadangkan untuk melenyapkan
pengaruh Mad Said yang mensabotaj kerajaan negeri dan BN Terengganu.
Ini tidak, Shabery dan Idris main ‘play safe’ yang dianggap
sangat merugikan UMNO dan BN Terengganu.
Persoalannya kenapa berlaku demikian? Apakah Idris dan
Shabery tahu kedudukan ‘sebenar’ bahawa
Ahmad Razif sebenarnya semakin tidak mendapat sokongan daripada beberapa Ketua
Bahagian dan pemimpin lain di bahagian-bahagian UMNO Terengganu?
Hakikatnya UMNO Pusat mungkin ada pandangan wajar takut-takut
kalau tinggal 16 vs 16 atau
ada kejadian ‘katak lompat’ di DUN Terengganu, kerajaan BN akan lebur.
Ahmad Razif
sendiri banyak kali mengatakan mahu bubar DUN untuk dapatkan mandat baru tetapi
tiada apa yang berlaku. Mungkin UMNO Posit tidak mahu ‘membeli idea karutnbya’
itu.
Bagi Ahmad Razif, kudis dan pekong Mad Said sudah membusuk
dan tidak boleh diubati lagi.
Kerana itu Ahmad Razif, sama ada secara sinis atau
mengugut, mengingatkan Majlis Tertinggi, kalau UMNO tidak mahu atau tidak berani
bertindak terhadap Mad Said, jangan pula salahkan beliau (Ahmad Razif) jika
kemusnahan lebih besar berlaku selepas ini. Sementara pentadbiran BN di negeri
Terengganu terus diganggu-gugat.
Akhirnya mesyuarat majlis tertinggi kelmarin itu
dikatakan mengambil keputusan
menangguhkan pemecatan Mad Said sehingga selesai mesyuarat Lembaga Disiplin UMNO
bulan hadapan.
Dr Ahmad Zahid dikatakan mencadangkan supaya pemecatan Mad
Said hendaklah mengikut prosedur.
Sekali lagi Ahmad Razif bengang.
Menghairankan sedikit, pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yasin
dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir tidak mengikut prosidur pun. Apakah UMNO boleh
dikatakan mengamalkan ‘pilih kasih’
serta double standard dalam menjatuhkan
hukuman kepada Mad Said, selain ada agenda tertentu kerana terhutang
budi dengan bekas Menteri Besar itu?
Ada laporan mengatakan ‘Si Gemuk’ atau Rauf beria-ia
menyekat Ahmad Razif daripada membincangkan secara terbuka pada mesyuarat
Majlis Tertinggi kerana ada sebab tersendiri yang bersifat ‘udang di sebalik
megi’.
Dituduh bahawa Rauf sejak beberapa bulan tidak
memaklumkan laporan UMNO Terengganu kepada pihak atasan di Ibu Pejabat UMNO.
Kenapa?
Ada laporan menyebut, ‘Si Gemuk’ pernah mendapat kawasan
balak ketika Mad Said jadi menteri Besar Terengganu. Malah dikatakan, Rauf juga
pernah menyertai rombongan lawatan rasmi Mad Said ke luar negara.
Bijak sungguh pakar strategi bekas Menteri Besar
Terengganu itu. Di sini ada kebijaksanaan satu ‘Wan Ahamad’ Mad Said berbanding
lima atau enam ‘Wan Ahamad’ milik Ahmad Razif yang dilihat tidak menjalankan
kerja untuk bosnya. Sebaliknya mempunyai agenda untuk mengkayakan diri sendiri.
Patutlah Mad Said sayang sangat dengan ‘Wan Ahamad’.
Sebaliknya ‘Wan Ahamad’ milik Ahmad Razif menayangkan kekayaan di Terengganu dan
mengumpul harta sendiri. Tidak mempunyai rancangan strategic mempertahan
Menteri Besar itu.
Ada mengatakan, ketegasan dan kelantangan Ahmad Razif
dalam mesyuarat kelmarin itu mengejutkan ramai ahli Majlis Tertinggi UMNO
dengan hujahnya bahawa tindakan ADUN Kijal itu mengemukakan usul undi tidak
percaya kepada MB Terengganu itu, tidak
boleh dimaafkan.
Sudah lebih tiga bulan Majlis Tertinggi UMNO bagaikan
enggan mengambil tindakan terhadap Mad Said kerana kekebalannya. Badan Perhubungan UMNO Terengganu menyedia dan
menghantar laporan lengkap mengenai ‘feil buruk Mad Said’ tetapi ia tidak ke
mana=mana.
Kelantangan dan keberanian Ahmad Razif dikaitkan dengan
keturunan dan darah pahlawan Bugis seperti Najib dan sebelum ini Ahmad Razif
membuktikan keberaniannya ketika berucap di Kerteh dua bulan lalu dengan
menghentam lawannya.
Malah Ahmad Razif turut mengingatkan Mad Said
bahawa: “Kepada mereka yang ingin menjatuhkan
saya, dengar baik-baik pesan ini, saya tidak takut dan tidak akan tunduk! Biar
mati berkalang tanah, biar ada yang berpaling tadah, saya tidak akan
sekali-kali mengalah,” katanya dalam sesi penggulungan Sidang DUN, pada 9 Mac
2016.
Sebelum ini ramai menganggap MB Terengganu sebagai ‘budak baik’
dan pendiam. Namun kini terserlah jangan sekali-kali mengandaikan Ahmad Razif pengecut.
Namun dalam keberanian itu, Ahmad Razif mungkin lupa atau
buat-buat tidak faham bahawa beliau kini menjadi Menteri Besar di negeri yang
paling terumbang-ambing.
Mungkin perkiraaan Ibu Pejabat UMNO dan kepimpinan
tertinggi UMNO ialah sekiranya Mad Said dipecat, kerajaan negeri dan UMNO perlu
berdepan dengan akibatnya yang teruk.
Malah kemungkinan akan berlaku DUN tergantung. Kini BN mempunyai
17 kerusi DUN, berbanding PAS dengan 14 kerusi dan satu oleh PKR.
Mad Said beri amaran :"Jika mereka fikir mereka mahu meneruskan
keputusan untuk pecat saya, mereka boleh melakukannya. Dan akan berlaku DUN
tergantung dan kemudian menteri besar perlu menghadap Sultan sama ada
meletakkan jawatan atau membubarkannya," katanya kelmarin.
Hakikatnya, Ahmad Razif perlu sedar diri, ‘peperangannya
dengan Mad Said’ akan meletakkan dirinya di keadaan KALAH JADI ABU, MENANG JADI
ARANG!
Tinggal kini, apakah Mad Said yang tidak berketurunan
Bugis itu akan menjadi dayus serta ‘lesu
dan layu’ berikutan keberanian Ahmad
Razif mendesak Majlis Tertinggi UMNO memecatnya?
Banyak medan di Terengganu sedang menunggu kedua-duanya
bertembung di gelanggang, khususnya di Terengganu.
Dan paling hampir 8 Ogos ini apabila sidang DUN
Terengganu bersidang.
Walaupun sidang satu hari tetapi mungkin digunakan ‘sebaik-baiknya’
oleh Mad Said untuk ‘menyerang hendap pahlawan keturunan Bugis’ agar
setidak-tidanya Ahmad Razif menjadi ‘arang’.
No comments:
Post a Comment