Benarkah Datuk Seri Ahmad Said yang dikenali dengan ‘Mad
Said’ memang kaki temberang yang sering
menarik perhatian bermodalkan air liur
dan pengalaman berpolitiknya?
Juga benarkah Mad Said berjaya menarik perhatian musuh
politiknya termasuk PAS dengan ayat-ayat seperti ‘saya tahu banyak rahsia’, ‘jangan cabar
saya’, ‘jangan sampai saya dedahkan semuanya’ dan banyak lagi.
Inikah sifat dan ciri-ciri Mad Said yang sebenar?
Siapa kata begi tu?
Itu kata blog Terengganu Daily dengan tajuk “Mat Said Ugut
Bergabung Dengan Parti Ajaran Sesat Jatuhkan BN Terengganu’ yang
diposkan semalam.
Juga, itu kata
pengongsi viral di Facebook melalui seseorang yang memetik posting blog
berkenaan.
Menurut Terengganu Daily, Mad Said sekali lagi membuat
ugutan untuk keluar parti semalam dan akan bekerjasama dengan PAS atau ‘Parti Ajaran Sesat’ bagi menumbangkan
Kerajaan BN di Terengganu.
‘Parti Ajaran Sesat’ itu merujuk kepada gelaran yang
diberikan oleh Mad Said sendiri kepada
parti berkenaan ketika beliau menjadi Menteri Besar sehingga lahirnya ‘Wacana
PAS : Parti Ajaran Sesat’ pada 11 April 2012 di Taman Tamadun Islam.
Memetik sumber (tong sampah UMNO Gong Badak dekat Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin lah
tu...) ugutan keluar UMNO itu diulangi
bagi memenuhi ‘jadual program’ membalas dendam terhadap Menteri Besar, Ahmad
Razif Abd Rahman.
Balas dendam? Balas dendam apa?
Faham atau tidak faham Terengganu Daily ini mengenai apa
yang dicakapkan oleh Mad Said, sama ada ketika persidangan Dewan Undangan
Negeri (DUN) atau pada majlis tertentu mengenai beberapaperkara besar
membabitkan kepentingan rakyat Terengganu.
Isu-isu seperti duit royalti minyak yang
sewenang-wenangnya digunakan oleh Putrajaya, penggunaan wang rakyat Terengganu
untuk pembinaan Lebuh Raya Pantai Timur2 sehingga RM1.8 bilion, menggunakan
wang royalty bagi pembinaan pembangunan di luar Terengganu, isu telaga minyak
Bertam dan lain-lain ia bukan dendam.
Mad Said lantang bukan untuk dirinya tetapi untuk rakyat Terengganu.
Kalau dia nak bodek Perdana Menteri, dia boleh berdiam
diri dalam isu berkenaan dan selamatlah kedudukannya.
Apa untungnya beliau bising? Bukankah itu menjadi antara
sebab Putrajaya berang dengannya.
Malah mengaitkan Mad Said kononnya mahu bergabung dengan
PAS juga tidak benar.
Sekali lagi maklumat Terengganu Daily dari ‘tong sampah’
di kawasan perumahan berdekatan stadium di Gong Badak.on) terhadap beliau.
“ Siapa yang kata saya akan bergabung dengan PAS? Saya
masih anggota Umno hingga hari ini,” tanya Mad Said
ADUN Kijal menafikan beliau akan bekerjasama dengan PAS
sekiranya Ahmad Razif tidak berundur dan gagal menyelesaikan kemelut politik
yang melanda negeri ini.
Ahmad Said berkata beliau masih anggota Umno dan tidak
pernah membuat kenyataan seperti yang dilaporkan akhbar pada Jumaat.
"Tidak...saya tidak pernah membuat kenyataan
tersebut. Siapa yang kata saya akan bergabung dengan PAS? Saya masih anggota
Umno hingga hari ini," katanya.
Sebaliknya Terengganu Daily menegaskan, Mad Said sebagai
memberi kata dua kepada Ahmad Razif agar berundur, sebelum beliau mengambil
langkah susulan, yang akan merubah keadaan politik di Terengganu.
Bekas menteri besar itu juga dilaporkan sebagai berkata
jika apa yang dihasratkan tidak berlaku, beliau tidak menolak kemungkinan
meninggalkan Umno, dan bekerjasama dengan PAS untuk membentuk kerajaan baharu.
Terengganu Daily turut mempercayai bahawa ADUN Kijal itu akan
terus berlagak ‘pendekar’ di pentas politik Terengganu bagi mengekalkan imejnya
sebagai seorang yang ‘nelang’ walaupun BN tinggal 17 daripada 32 kerusi DUN
pada PRU ke-13 semasa beliau menjadi Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri
Terengganu.
Dengan membuat fitnah sedemikian, Terengganu Daily
kalaupun mahu menyokong Ahmad Razif, janganlah bertindak sedemikian.
Ia bukan sahaja dilarang oleh Islam tetapi perbuatan
mempertahankan Ahmad Razif melalui cara sebegini tidak bijak dan tidak
menampakan ‘kecerdikan’.
Janganlah tunjuk kebodohan diri dengan melakukan gerakan
‘bodo’ yang kelak bukan sahaja akan mengusutkan suasana tetapi juga akan
merugikan Ahmad Razif sendiri.
Lakukan cara lebih bijak jika mahu mempertahankan Ahmad
Razif.
Jawab dengan baik dan berhujahlah di atas fakta terhadap
apa yang dibangkitkan oleh Mad Said di DUN atau di mana-mana juga.
Malah Pesuruhjaya PAS Terengganu, Saiful Bahri Mamat juga
menafikan PAS ada menawarkan jalinan kerjasama dengan Ahmad Said bagi
menyelesaikan kemelut politik di negeri ini.
"Kami tidak pernah menawarkan sebarang kerjasama
dengan ADUN Kijal. Cuma apa yang kita mahu masalah politik ini harus
diselesaikan segera. Jika dua pihak saling berbalas kenyataan media, mu kata
aku, aku kata mu, ia tidak menyelesaikan masalah," katanya semalam.
Katanya PAS Terengganu tidak berhasrat mahu 'campur
tangan' dengan masalah dalaman Umno.
Namun, katanya, jika kemelut itu masih gagal
diselesaikan, adalah lebih baik sekiranya kuasa diserahkan semula kepada rakyat
melalui pilihan raya negeri.
"Jika ada dua ADUN daripada UMNO yang lompat parti,
barulah boleh diadakan pilihan raya negeri. Sekiranya tiada, dan hanya asyik
berbalas kenyataan di media, isu ini tidak akan selesai dan terus
berpanjangan," kata Saiful Bahri.
Jadi kepada Terengganu Daily dan mereka yang menyokong
fitnah terhadap Mad Said itu fahamilah bahawa hujah lawan fitnah tidak akan
mendatangkan kenaikan walaupun laporan Terengganu Daily ini diviralkan di
Facebook dan mendapat like serta share yang baik.
Malah yang like dan share itu turut menabur dan menyokong
fitnah kepada Mad Said dan tanggunglah dosa sekiranya tidak meminta maaf kepada
‘tuan badan’ yang difitnahkan itu.
Dan kepada Terengganu Daily dan ‘bapa viral’, berhujahlah
dengan fakta yang kukuh bagi mematahkan hujah bekas Menteri Besar itu bukan
menggunakan modus operandi ‘spin fitnah’
melawan hujah yang akhirnya menonjolkan kebodohan dan kelemahan sendiri.
Kesian dengan askar siber Ahmad Razif yang baru belajar
menembak dan peluru yang digunanya pula ‘hanya peluru gabus yang hanya sesuai
digunakan untuk menutup botol kicap dan minuman...
No comments:
Post a Comment