Apakah Dewan Undangan Negeri Terengganu (DUN) Terengganu
sekarang tempat ‘kera dan beruk main sarkas’?
Taraf persidangan DUN ‘dijatuhkan’ tarafnya oleh Ahli
Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Yang DiPertua (YDP) Dewan Datuk Mohd Zubir Embong sendiri apabila usul tergempar (segera) diterima untuk kemukakan berupa usul ‘pelik’.
Ia juga bukan menjadi sesuatu yang penting untuk
dibahaskan dengan segera. Malah usul yang dikemukakan oleh Ahli Dewan Undangan
ADUN Air Putih kelmarin itu disifatkan sebagai ‘pengacau’ sahaja.
Jelas semua ADUN UMNO, termasuk Menteri Besar dan YDP
sangat bimbang akan ada usul ‘tidak percaya kepada Menteri Besar’ hinggakan
usul bodoh’ daripada Barisan Nasional (BN) pun terpaksa diterima oleh YDP.
Ia memang dirancang agar pembangkang dan ADUN Kijal,
Datuk Seri Ahmad Said tidak akan membawa sebarang usul pada persidangan itu.
Takut dan bodoh tidak bertempat. Ahmad Said relaks dan
ceria di luar dan di dalam dewan DUN.
Kelmarin, persidangan gamat apabila ADUN Air Putih, Wan Abdul Hakim Tan Sri Wan Mokhtar (BN) yang sering mendakwa dia ADUN yang ‘cerdik’ bangun
mengemukakan usul berkenaan isu symptom Hipetitis B dan batuk kokol.
Simptom Hipettitis B
dan batut kokol langsung bukan wabak atau jangkitan di Terengganu dalam
masa terdekat ini untuk dijadikan isu.
ADUN Air Putih itu diberikan peluang apabila ADUN Sura,
Wan Hapandi Wan Nik (PAS) bangun cuba mengemukakan usul tergempar daripada PAS
tetapi disuruh duduk oleh Yang DiPertua Dewan
untuk menghabiskan ucapannya.
Kemudian bangun pula ADUN Air Putih mengemukakan usul
beliau tetapi diterima oleh YDP Dewan dengan
alasan, beliau melihat Air Putih dahulu, sekaligus menolak cubaan ADUN Sura untuk
mengemukakan usul.
Zubir pada mula nya seperti teragak-agak bagi menyebut
tajuk usul itu dengan memberikan alasan usul itu panjang, tetapi apabila
didesak oleh ADUN Alur Limbat, Ariffin Deraman (PAS), beliau pun menyebut
sedikit tajuk usul berkenaan.
Akibatnya dewan menjadi riuh dengan ketawa ADUN, ketua
jabatan dan pemerhati kerana usul yang dianggap kelakar itu.
“Usul ini agak
panjang dan saya memerlukan masa untuk membacanya,” jelas YDP Dewan. Selepas
didesak YDP mengatakan ia berkenaan dengan symptom-simptom hepatitis B batuk
kokol dan sebagainya.
Dewan gamat dengan ketawa, sindiran dan perang mulut
diantara kedua-dua ADUN. YDP kemudian tangguhkan persidangan sehingga jam 11.20
pagi.
Sebaliknya, jika dirujuk kepada apa yang mahu diusulkan
oleh ADUN PAS, isu LPT2 memang memerlukan tindakan segera kerana membabitkan
rakyat dan diperkatakan dengan hangat ketika ini.
Walaupun ditolak atas alasan tidak mempunyai kepentingan
kepada orang ramai dan tidak perlu disegerakan, ternyata usul DUN Air Puteh,
langsung tidak relevan.
Kerana itu amat wajar jika PAS melahirkan rasa terkilan kerana usul yang ada kepentingan bagi rakyat tidak sempat di bawa ke
persidangan DUN.
Pembawa usul itu, ADUN Sura , Wan Hapandi Wan Nik berkata
beliau tidak terpilih bagi membawa usul tergempar itu kerana pihak YDP memilih usul yang dibawa oleh wakil kerajaan.
“Saya mewakili PAS
Terengganu (ADUN Sura) telah cuba membawa satu usul kepada dewan agar
persidangan DUN dapat membincangkannya,”
“Itu usul yang saya hendak bawa ke dewan (tadi) tetapi pihak
kerajaan (YDP) sendiri telah mendahulukan wakil kerajaan untuk mengemukakan
usul lain,” ujarnya.
Zubir...beri laluan kepada Wan Hakim |
Beliau berkata demikian kepada wakil media ketika
Mesyuarat Kedua Penggal Keempat, Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu ke-13,
berhenti rehat di lobi U2 Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, kelmarin.
Malah, katanya pihak pembangkang tidaklah membangkang
secara melulu melain demi kepentingan serta keselesaan rakyat.
Wan Hapandi mendesak agar pihak kerajaan segera
menyempurnakan segala kemudahan dan infrastruktur yang diperlukan di LPT2
tersebut.
“Jadi kita (PAS)
harap supaya pihak kerajaan dapat menyempurnakan infrastruktur yang masih belum
sempurna termasuk kawasan Rehat dan Rawat (R&R), stesen minyak kekal dan
pelbagai kemudahan yang sepatutnya.
“Kita tidak membangkang secara melulu kutipan tol ini,
tetapi kita mahu segala kemudahan dan infranya sempurna. Kita juga mahu harga
tol itu juga diturunkan dengan harga yang lebih ‘mesra’ kepada penggunanya.
Harga 12 sen untuk setiap satu kilometer itu agak tinggi dan membebankan
pengguna LPT2 itu.
“Apatah lagi, pembinaan LPT2 itu turut menggunakan duit
kerajaan negeri Terengganu sebanyak RM1.8 bilion secara tidak adil oleh
kerajaan pusat,” tegasnya.
Baca dan teliti cadangan usul oleh ADUN PAS ini:
Usul
ADUN Sura Pohon Dewan Membincangkan Kutipan Tol LPT2
Usul Di Bawah Peraturan Majlis Mesyuarat Fasal 30 Peraturan-Peraturan
Dan Perintah Tetap Dewan Undangan Negeri Terengganu.
Tuan Yang Di-Pertua,
Adalah saya Wan Hapandi Wan Nik, Ahli Dewan Undangan Negeri Sura mohon
mencadangkan,
“Bahawa
persidangan ini hendaklah ditangguhkan mengikut Fasal 30 Peraturan-peraturan
Mesyuarat Dewan Undangan Negeri bagi membolehkan dewan yang mulia ini
merundingkan isu pelaksanaan kutipan tol pada Lebuh Raya Pantai Timur Fasa Dua
(LPT2) yang telah dikuatkuasakan oleh kerajaan pada 15hb Julai, 2016.”
Tuan Yang Di-Pertua,
Isu ini adalah perkara-perkara tertentu kerana kutipan tol tersebut
telah memberikan tekanan kewangan kepada rakyat negeri Terengganu dalam keadaan
ekonomi negara yang yang lembab, serta himpitan perbelanjaan isi rumah
peningkatan harga berikutan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
Kutipan tol di LPT2 akan memberikan impak rantaian ekonomi apabila kos
pengangkutan meningkat, yang akan dialihkan oleh para peniaga kepada para
pengguna.
Tuan Yang Di-Pertua,
Kerajaan negeri sepatutnya menyelesaikan isu tuntutan semula kos
pembinaan yang telah menggunakan kewangan negeri sebanyak RM1.8 bilion terlebih
dahulu, sebelum bersetuju dengan kerajaan pusat untuk sebarang kutipan tol pada
LPT2 atau sudah ada perjanjian konsesi yang sebahagian kutipan tol tersebut
akan dibahagikan juga untuk negeri Terengganu?
Dalam suasana bajet negeri Terengganu yang kini tinggal RM1.4billion
setelah dipotong 630 juta daripada bajet 2016 sebanyak 2.1billion. Pengembalian
wang 1.8 billion itu cukup besar jumlahnya untuk dimanfaatkan dengan memberikan
kemudahan perbelanjaan kepada rakyat, terutamanya kepada sektor pendidikan,
kesihatan dan kemudahan asas.
Kegagalan kerajaan negeri mendapatkan kembali wang tersebut merupakan
satu kerugian dan pengkhianatan kepada amanah yang telah diberikan oleh rakyat.
Tuan Yang Di-Pertua,
Bahkan pelaksanaan kutipan tol kepada pengguna di kalangan rakyat
negeri Terengganu yang membiayai pembinaan LPT2, merupakan ‘penderaan’ yang
bakal menambahkan beban kewangan kepada setiap keluarga.
Dengan kadar 12 sen sekilometer bagi setiap kenderaan yang melalui LPT2
dari Gemuruh ke Cheneh akan meningkatkan kos perjalanan ke Kuala Lumpur sekitar
70 peratus.
Kenaikan harga minyak pada awal Julai lalu akan menambahkan lagi beban
kewangan yang sedia ada kepada warga Terengganu.
Tuan Yang Di-Pertua,
Perkara ini adalah melibatkan kepentingan orang ramai kerana apabila
pelaksanaan kutipan tol LPT2 yang digelar sebagai ‘Lebuh Raya Maut’ yang telah
mencatatkan sebanyak 1,657 kes kemalangan sejak mula beroperasi sejak Ogos
2011.
Sewajarnya tidak dikuatkuasakan dan ditangguh sehingga segala kemudahan
dilengkapkan serta lebuhraya tersebut diperelokkan.
Keadaan permukaan jalan yang menjadi sungutan ramai, papan tanda dan
tunjuk arah keselamatan yang tidak cukup, ketiadaan stesen minyak kekal,
kompleks hentian‘Rehat dan Rawat’ yang tidak sempurna, binatang ternakan lembu
dan kerbau yang berkeliaran, perlu diberi pertimbangan sebelum kerajaan
memikirkan ‘keuntungan dan laba’ yang diseluk dari saku rakyat! Kenapa lebuh
raya di negeri Sarawak dikecualikan tol? Tetapi LPT2 telah dikenakan tol?
Perkara ini perlu disegerakan kerana ia melibatkan ia sudah melibatkan kepentingan
lebih satu juta rakyat negeri Terengganu, beratus ribu kenderaan warga di
Pantai Timur dan mengelakkan Terengganu menjadi negeri yang terus ’dianak
tirikan’ oleh kerajaan Persekutuan.
Maka saya berpandangan bahawa usul ini melibatkan perkara tertentu,
kepentingan ramai serta perlu disegerakan.
Yang Mengusulkan,
YB Wan Hapandi Wan Nik
Ahli Dewan Undangan Negeri Sura
Terengganu
08hb Ogos, 2016.
Ahli Dewan Undangan Negeri Sura
Terengganu
08hb Ogos, 2016.
No comments:
Post a Comment