‘All I Want
Is MB To Resign’. Demikian tegas Datuk Seri Ahmad Said mengenai kemelut politik
ketika ini seperti dilaporkan oleh The Star Online hari ini.
Bukan sehari, selepas persidangan Dewan Undangan Negeri
(DUN) esok (8 Ogos) atau sebulan lagi, tetapi perletakan jawatan itu mesti berkuat
kuasa serta merta.
Itu sahaja
yang dimahukan oleh Ahmad Said dalam isu politik di Terengganu.
Yang lain,
datang kemudian. Nampaknya beliau tidak mengubah pendiriannya.
Kenyataan
ini amat nyata, menjelaskan kepada rakyat Terengganu bahawa selagi Ahmad Razif Abdul Rahman tidak meletakkan jawatan, tiada penyelesaian
kemelut politik negeri itu dalam masa terdekat.
Ahmad Said
jelas memberi isyarat bahawa selagi Ahmad Razif menjadi Menteri
Besar, beliau tidak akan mengundur walau setapak pun.
Ketua UMNO Kemaman itu yang dikatakan sebagai ‘duri dalam daging’ pentadbiran Ahmad Razif dipersalahkan kerana prestasi buruk Terengganu pada pilihan raya
umum 2013 yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) memenangi hanya 17 kerusi
berbanding 14 oleh PAS dan satu lagi oleh PKR.
Semalam,
Ahmad Razif berkata kemelut politik di Terengganu seperti perbalahan ‘adik-beradik’ atau ‘suami-isteri’ dan
semuanya akan kembali tenang.
Menurutnya
semuanya akan ‘OK’ selain memberi jaminan bahawa persengketaan
dalaman Umno negeri itu telah diselesaikan dan tidak ada sebarang perkara luar
biasa yang akan berlaku semasa persidangan DUN esok.
Beliau berkata keadaan telah reda dan semuanya telah diselesaikan selain tiada apa yang luar biasa akan berlaku semasa persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) esok.
Yang paling penting menurut beliau mesti bergerak ke
hadapan bersama-sama untuk menggerakkan agenda pembangunan di Terengganu.
Ahmad Razif dengan penuh keyakinan mengatakan beliau sentiasa berhubung dengan Perdana Menteri,
Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memaklumkan mengenai perkembangan terbaru itu.
"Saya telah memberitahu beliau bahawa semuanya di bawah kawalan di Terengganu. Ia adalah perkara biasa (berhadapan masalah) seperti suami dan isteri mempunyai sedikit ketegangan.
"Kami percaya bahawa ia adalah perkara biasa dan hanya akan membantu mengukuhkan perpaduan di antara kami," katanya.
"Saya telah memberitahu beliau bahawa semuanya di bawah kawalan di Terengganu. Ia adalah perkara biasa (berhadapan masalah) seperti suami dan isteri mempunyai sedikit ketegangan.
"Kami percaya bahawa ia adalah perkara biasa dan hanya akan membantu mengukuhkan perpaduan di antara kami," katanya.
Benarkah demikian?
Apakah yang diceritakan oleh Menteri Besar itu kepada
Najib? Kebaikannya dan keburukan Ahmad Said?
Banyak perkara mengenai apa yang disebut oleh Ahmad Razif
ini mengenai penjelasannya kepada Perdana Menteri masih boleh diperkatakan.
Sudah pasti yang tahu perkara sebenar mengenai
perbincangan dan pertemuan dengan Najib adalah ADUN Terengganu sendiri.
Apakah Ahmad Razif dipanggil pada pertemuan dengan
Perdana Menteri di Putrajaya pagi semalam?
Benarkah beliau tidak dijemput pun? Mengapa?
Dan mengapa pula beberapa ADUN tidak hadir, selain ADUN
Kota Putera yang kini berada di Vietnam dan ADUN Jabi yang menghadiri mesyuarat
Pemuda UMNO?
Siapa arah mereka tidak hadir walaupun pada pertemuan dengan Perdana Menteri. Apakah ADUN yang tidak hadir itu berani melanggar permintaan Perdana Menteri berjumpa beliau?
Boleh main tidak perlu hadir ker kalau Perdana Menteri dan Presiden UMNO panggil. Siapa besar?
Menteri Besar dikatakan memberitahu beberapa pihak
kononnya Perdana Menteri akan hadir majlis jamuan Hari Hari Raya untuk Anak
Terengganu di Putrajaya semalam tetapi bayang Najib pun tidak nampak.
Amat nyata penggunaan nama Perdana Menteri digunakan
sewenang-wenangnya di Terengganu dan bukan sahaja Pejabat Perdana Menteri tahu
perkara ini tetapi Setiausaha Agong UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor
dan Datuk Seri Rauf Yusoh, Setiausaha Kerja UMNO juga maklum mengenai perkara
ini.
Walaupun Ahmad Razif berusaha menunjukkan kekuatan yang
ada padanya bagi membolehkannya kekal sebagai Menteri Besar tetapi dia tetap
akan berdepan dengan desakan Ahmad Said berterusan.
Memanglah esok pada sidang DUN, Ahmad Said dijangka tidak
akan melakukan sesuatu yang mengejutkan.
Ini kerana ‘menghormati permintaan Perdana
Menteri semalam’ agar urusan mesyuarat berjalan dengan licin. Ahmad Said dikatakan ada berjanji dengan seseorang untuk menyebabkan berlakunya kekecohan pda sidang DUN berkenaan.
Tetapi pasti ada tempoh tertentu yang Ahmad Said
tetapkan. Bila tempoh itu?
Dengan kenyataannya semalam bahawa tidak berminat dengan
pilihan raya negeri dan mahu Ahmad Razif meletakkan jawatan serta merta. itu
sudah cukup untuk difahami oleh rakyat dan Ahmad Razif sendiri.
"Saya seorang yang tenang dan telah bersabar
selama dua tahun. Tetapi apa yang berlaku sudah melampau. Ia mula memberi kesan
kepada rakyat dan pemimpin yang tidak bersalah.
Ahmad Said berkata keadaan mungkin berbeza jika Menteri Besar itu mendapatkan nasihat beliau terutamanya mengenai pelantikan dan pemecatan orang Umno di Kijal dan Kemaman.
Perkara terbaik yang perlu dilakukan Ahmad Razif adalah meletakkan jawatan kerana jika diadakan pilihan raya negeri sekalipun , BN dan UMNO diyakini tidak akan dapat membentuk kerajaan.
No comments:
Post a Comment